Rabu, 23 September 2009

Sejarah Sekolah

• Sekolah Kebangsaan Machang telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1915.

• Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng.

• Jenis bangunan, 2 buah bangunan daripada kayu bulat beratapkan daun sagu di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa.

• Pada tahun 1946 ia diganti dengan 2 buah bangunan baru kayu gergaji tetapi masih beratapkan daun sagu.

• Tahun 1950 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk murid perempuan.

• Tahun 1954 Sekolah Kebangsaan Machang ditumpangi oleh Hamzah Primary School pada sidang petang.

• Pada tahun 1957 & 1958 kelas tujuh diadakan kepada murid-murid lulus darjah 6.

• Tahun 1960 Sekolah Menengah lanjutan ditubuhkan dan bangunannya didirikan di satu sudut tapak sekolah ini kemudian bangunannya diserah kepada sekolah ini selepas mendapat tapak dan bangunannya sendiri.

• Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan machang 1 dan Sekolah Kebangsaan Machang 2.


Kawasan : Tanah seluas 4 Ekar 320 depa
Sekolah : 1 blok Pentadbiran 2 tingkat
: 1 blok Akademik 2 tingkat
: 1 blok Akademik 3 tingkat
: 1 blok Akademik 1 tingkat
: 1 blok kantin
: 1 blok Makmal Komputer 2 tingkat
: 1 buah padang sekolah
: 1 unit pondok pengawal keselamatan