Rabu, 23 September 2009

Sejarah Sekolah

• Sekolah Kebangsaan Machang telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1915.

• Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng.

• Jenis bangunan, 2 buah bangunan daripada kayu bulat beratapkan daun sagu di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa.

• Pada tahun 1946 ia diganti dengan 2 buah bangunan baru kayu gergaji tetapi masih beratapkan daun sagu.

• Tahun 1950 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk murid perempuan.

• Tahun 1954 Sekolah Kebangsaan Machang ditumpangi oleh Hamzah Primary School pada sidang petang.

• Pada tahun 1957 & 1958 kelas tujuh diadakan kepada murid-murid lulus darjah 6.

• Tahun 1960 Sekolah Menengah lanjutan ditubuhkan dan bangunannya didirikan di satu sudut tapak sekolah ini kemudian bangunannya diserah kepada sekolah ini selepas mendapat tapak dan bangunannya sendiri.

• Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan machang 1 dan Sekolah Kebangsaan Machang 2.


Kawasan : Tanah seluas 4 Ekar 320 depa
Sekolah : 1 blok Pentadbiran 2 tingkat
: 1 blok Akademik 2 tingkat
: 1 blok Akademik 3 tingkat
: 1 blok Akademik 1 tingkat
: 1 blok kantin
: 1 blok Makmal Komputer 2 tingkat
: 1 buah padang sekolah
: 1 unit pondok pengawal keselamatan
Selasa, 22 September 2009

Lagu Sekolah

Kami ini barisan pelajar,
Berbekalkan semangat waja,
Untuk menjulang nusa dan bangsa,
Menjadi rakyat yang setia.
Marilah kawan-kawan semua,
Hulurkan tangan tanda setia,
Kita menuju ke puncak jaya,
Sebagai pembela Negara.
Sekolah Kebangsaan Machang,
Berdisiplin berharmoni,
Membimbing mendidik agar berakhlak tinggi,
Pelajaran panduan hidup kami.
Khamis, 17 September 2009

Etika Kerja

Diantara lain-lain peraturan dan Ertika kerja yang patut dipatuhi serta dihayati oleh semua di sekolah ini ialah seperti berikut:

a. ETIKA KERJA ISLAM

i. Bekerja dengan azam mengabadikan kepada Allah
ii. Bekerja dengan ikhlas dan amanah
iii. Bekerja dengan tekun dan cekap
iv. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
v. Bekerja dengan matlamat kebahagian manusia sejagat

b. TERAS PENDIDIKAN

i. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
ii. Bekerja dengan penuh bertanggungjawab
iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
iv. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemeseraan
v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
vi. Bekerjasama dengan membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama
Rabu, 16 September 2009

Piagam Pelanggan

Kami warga SKM1 berazam untuk :

  • Memberi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.
  • Memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi JERI..
  • Menyelesaikan permasalahan persekolahan , murid, guru, ibubapa dan masyarakat dengan segera serta sentiasa bersikap positif kearah kecemerlangan.
  • Melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan insan kamil.
  • Menghapus buta 3M

Objektif

Mengamalkan pengurusan strategik
Menyediakan peluang dan ruang belajar yang selesa, selamat dan adil kepada semua murid.
Meningkatkan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan dalam UPSR dan PKBS.
Meningkatkan pencapaian ke tahap Juara dalam kegiatan Kokurikulum
Melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek serta mempunyai semangat Jati Diri
Selasa, 15 September 2009

Matlamat

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Machang 1 sebagai sekolah cemerlang dalam bidang pengurusan, pembangunan akademik, kokurikulum, keceriaan lanskap dan fizikal serta pembangunan insan selaras dengan moto “ Gemilang, Cemerlang,Terbilang”. Selepas enam tahun murid-murid belajar di sekolah ini diharapkan semua pelajar akan dapat menguasai kemahiran 3M dengan cemerlang.

Misi Sekolah

• Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis, berketrampilan, berdisiplin, bersahsiah terpuji, bertanggung-jawab dan mampu menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

• Menguruskan pengajaran dan pembelajaran dengan cekap, bijaksana dan berkesan melalui guru berdaya maju, berusaha berterusan untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini bagi meningkatkan profesionalisme.

• Pengurusan sekolah yang bersistematik dan berkualiti serta menyediakan iklim sekolah yang positif dan kondusif, mementingkan ciri-ciri keselamatan, kebersihan dan keceriaan bagi mewujudkan suasana harmoni.

Falsafah Sekolah

BAHAWASANYA murid-murid sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan itu seluas-luasnya peluang akan diberikan kepada semua murid untuk mengembangkannya.
dan
Kami pendidik sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas serta keterampilan untuk memberi pendidikan bermutu bagi memajukan pelajaran murid-murid kami.