Ahad, 28 Mac 2010

Praktikal ROS

klik untuk besarkan gambar


Bermula pada 21hb Mac 2010 SK Machang 1 menerima kehadiran 3 guru praktikal ROS iaitu dua orang daripada IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan seorang IPG Kampus Pulau Pinang. Praktikal mereka berakhir pada 25hb Mac 2010.

Kehadiran mereka ke SK Machang 1 bertujuan

Jumaat, 12 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

SK Machang 1 telah mengadakan satu sambutan Hari Maulidur Rasul bagi memperingati Rasulullah kita iaitu N abi Muhamad (S.A.W). Majlis pada kali ini bertemakan “MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH” majlis ini bermula pada11 Mac 2010 (Khamis) jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 1.15petang. S.K.Machang 1 mengadakan majlis ini berobjektifkan :-
  • Untuk mewujudkan rasa kesyukuran terhadap Allah S.W.T
  • Untuk memperingati kelahiran dan keagungan baginda Rasulullah S.A.W
  • Untuk menanam rasa cinta dan keimanan terhadap Rasullah serta mengamalkan ajarannya.
  • Untuk merealisasikan amalan muafakat dalam kalangan semua pihak dan agensi
  • Untuk menghayati dan mengekalkan ingatan pelajar berkenaan hari-hari bersejarah dalam islam